SILA KEMBALI KE LAMAN UTAMA SYARIKAT KAMI :

Monday, March 8, 2010

CONTACT US / HUBUNGI KAMI

INTRA DYNAMIC SERVICES
JOHOR BAHRU   JOHOR DARUL TAKZIM,
MALAYSIA
 

Tel: 607-598 7010 / 013 - 790 5060

Fax: 607-598 7010
 

E-mail : ids_malaysia@yahoo.com
              ids_malaysia@yahoo.com
                     

                        
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
                
  Name        *
:
Company :
Address :






Tel :
Fax :
Email :
Comments* :






                            

                      


                    

PERKHIDMATAN KAMI

     PERALATAN RADAS KACA SAINS



     MODEL



      BAHAN KIMIA


      KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN




      PERALATAN ELEKTRONIK



                    KEMAHIRAN HIDUP

ABOUT US / PROFILE SYARIKAT

* PENGENALAN

Intra Dynamic Services menjalankan urusniaga seperti membekal pelbagai perkhidmatan seperti  peralatan makmal sains , peralatan radas kaca sains , bahan kimia , kemahiran hidup , model , keselamatan dan kesihatan pekerjaan, p eralatan elektronik , pembersihan , peralatan pejabat , alatulis, baja dan racun , alat bantuan mengajar  berserta kerja kerja yang berkaitan dengannya.

Syarikat kami juga merupakan syarikat bumiputra dan mempunyai lesen perniagaan SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia .


Bermula secara kecil kecilan sambil mencari pengalaman serta membina kepercayaan dan permintaan dari para pelanggan. Kini syarikat ini telahpun dapat menyesuaikan keadaan dan kedudukan tempatan dengan mendapat kepercayaan membekal peralatan makmal dan bahan kimia kepada sekolah - sekolah , institut pengajian tinggi (ipta) , politeknik , agensi kerajaan  dan swasta . Kami ingin mengembangkan sayap perniagaan kami seantero dunia .

Aset perniagaan yang terkumpul serta kemudahan kredit yang diperolehi daripada institusi kewangan pada masa kini, menyakinkan kemampuan modal bagi menampung permintaan dari para pelanggan. Penglibatan dari kalangan pekerja yang berpengalaman dan mahir turut menjadi aset bagi syarikat bagi syarikat bagi menjadikan syarikat berdaya saing di pasaran. 

Pihak Syarikat Intra Dynamic Services berharap semoga penglibatan syarikat di dalam sektor perniagaan ini mendapat sokongan dan bantuan dari semua pihak bertanggungjawab.

Monday, March 1, 2010

BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA KEMALANGAN DI MAKMAL

KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL
 
Apabila kita berada di dalam makmal, faktor-faktor keselamatan perlulah dititik beratkan dalam mencegah berlakunya kejadian yang tidak di ingini. Selain daripada itu juga amalan menjaga keselamatan di makmal dapat menjamin kualiti kerja yang dilakukan disamping mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sihat.

BAGAIMANAKAH BOLEH TERJADINYA
KEMALANGAN DI MAKMAL


Terdapat dua faktor yang di lihat mampu menyebabkan kemalangan boleh terjadi di dalam makmal. Iaitu faktor diri dan faktor persekitaran. Faktor diri merujuk kepada etika ahli makmal tidak menitikberatkan penjagaan kesalamatan diri sehingga menyebabkan kecelakaan berlaku ke atas diri sendiri seperti etika pemakaian yang tidak sesuai apabila melakukan kerja-kerja makmal. Selain daripada itu juga faktor fizikal dan mental ahli makmal merupakan salah satu penyumbang berlakunya kemalangan di makmal.Dari segi faktor persekitaran pula ianya merujuk seperti keadaan dan suasana di dalam makmal. Contohnya peralatan di makmal sudah uzur ataupun telah rosak tetapi tetap terus mengoperasikan peralatan tersebut sehingga berlakunya kejadian tidak diingini. Keadaan makmal tidak terurus seperti susunan peralatan makmal dan perabot makmal dalam keadaan tidak sesuai sehingga mengundang bahaya kepada semua ahli makmal.

APAKAH ETIKA KESELAMATAN MAKMAL
YANG PERLU DITERAPKAN


Ahli makmal sentiasa peka menjaga keselamatan diri dan juga ahli makmal yang lain. Sentiasa berwaspada dan tidak bermain di makmal. Sentiasa menitikberatkan aspek-aspek kebersihan di dalam makmal. Mengetahui penjagaan dan pengendalian bahan kimia di dalam makmal. Tahu bertindak dengan betul sekiranya berlaku kemalangan pada diri sendiri dan ahli makmal yang lain. Menggunakan alatan dan kelengkapan perlindungan tambahan di makmal seperti memakai kot makmal. Tahu cara menggunakan alatan kecemasan seperti pemadam api.

DEFINISI KESELAMATAN

Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.
Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.
 

Jenis-jenis keselamatan

Keselamatan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Keselamatan boleh dikategorikan dalam beberapa bidang seperti berikut :-
  • Keselamatan Pengguna - merujuk kepada keselamatan pengguna dalam mendapat sesuatu barangan atau perkhidmatan. Keselamatan pengguna juga termasuk hak-hak pengguna.
  • Keselamatan Masyarakat - merujuk kepada keselamatan sesuatu masyarakat atau golongan penduduk yang harus dijamin demi kebaikan bersama dalam sesebuah komuniti.
  • Keselamatan Pekerjaan - merujuk kepada keselamatan para pekerja yang bekerja di dalam sesebuah premis atau syarikat (kecuali tentera dan pelaut) daripada sebarang penyakit pekerjaan atau kemalangan pekerjaan. Persekitaran kerja yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja dengan betul dan meningkatkan produktiviti.
  • Keselamatan Negara - merujuk kepada keselamatan negara yang dilindungi melalui kerjasama serantau atan melalui pertahanan sendiri untuk memastikan tidak dimonopoli oleh kuasa-kuasa luar dari segi ekonomi, budaya, dan politik

 Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

DEFINISI KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan  meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
 

Sejarah

Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
 

Prinsip

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
  • Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
  • Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
  • Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
  • Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
  • Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994



 Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

ShoutMix chat widget

BOLEH KAMI BANTU ?