SILA KEMBALI KE LAMAN UTAMA SYARIKAT KAMI :

Monday, March 1, 2010

DEFINISI KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan  meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
 

Sejarah

Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
 

Prinsip

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
  • Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
  • Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
  • Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
  • Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
  • Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994



 Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

2 comments:

  1. wah..baguslah....info ne sahih dan benar kan~ sy nak copy for my presentation....boleh tak?

    ReplyDelete


ShoutMix chat widget

BOLEH KAMI BANTU ?